Sunday, May 25, 2014

Sebelum dan Selepas

Hidup ini ada pasang surutnya. Sekejap mengurus, sekejap mengembang...terutama perempuan. Sebelum kahwin, diet...badan pun slim aje. Lepas kahwin, mengembang untuk 9 bulan, kemudian kempis balik...Tetapi effect kempis dah tak sama macam dulu-dulu...

Ada orang kata, kalau melahirkan anak secara cesarean, agak susah nak kurus sebab dalam proses berpantang, tak boleh tungku, tak boleh barut, tak boleh sapu minyak minyak panas. Ada yang tak bersetuju...ada yang kata boleh...

Dalam hal ini, sejujurnya aku pun keliru. Tapi, yang paling penting kena ikut penerimaan badan seseorang tu. Untuk aku, aku benar benar fokus kepada pemulihan bahagian dalaman. Minum pati haruan dan saffron. Sambil sambil tu tak lupa untuk sapu pilis, param dan lulur. Selepas 3 minggu, barulah ikat barut, tapi dengan sangat longgar sebab bahagian dalam perut masih lagi terasa sakit sikit sikit.

Masa dating dating berat 50kg aje..
Beberapa minggu sebelum kahwin...berat dah naik banyak..58kg..mungkin sebab happy sangat kot?
Mengandung 3bulan...64kg...badan tak naik sangat, perut aje yang naik
Selepas bersalin..Ken 3bulan. Perut dah tak ada tapi berat 65kg. Berat semasa bersalin 80kg, bermakna sudah berjaya membuang 15kg...
Berat 3 minggu yang lalu...60kg. Berjaya buang 20kg dah.

Target nak kurus macam zaman dating dating dulu. Berjayakah? Perlukan usaha lebih kot? Fuhhh go go Sarini..u can do it!


Friday, May 23, 2014

Jumperoo Untuk Ken

Setiap bulan, me and husband dah berjanji akan celebrate 'ulangbulan' kelahiran Ken. Ken akan dapat satu hadiah, tak kiralah toys atau pakaian, mahal atau murah, yang penting boleh buat Ken happy (atau mommy happy heeeee).

Jadi antara mainan yang aku teringin sangat nak tengok Ken main adalah Fisher Price Rainforest Jumperoo. Mungkin sebab Ken sangat suka melompat, tak kiralah dalam kereta, dalam air, time mandi, time pakai baju...jadi mungkin mainan ni boleh membantu meransang lagi otot kaki dan minda...yang paling penting Ken happy bila main.


Inilah Jumperoo yang dimaksudkan...masa beli online, tak tahu benda ni agak besar dan boleh tahan jugak beratnya...jadi bila sampai parcel di office, agak kecoh la jadinya...bos HR dah tanya apa isi kat dalam. Aiyo, lepas tu gigih pulak angkut dari office ke rumah. 


Tengoklah muka Ken geram dengan lampu berkelip kelip dan bunyi yang terhasil setiap kali dia melompat. Fisher Price Rainforest Jumperoo ni memang tak boring untuk baby dan sangat menghiburkan. Antara feature yang sangat best, seat boleh pusing 360 darjah. Jadi, baby boleh explore macam macam toys yang ada di sekeliling. Boleh dikatakan activity center yang sangat bagus untuk bayi. Seat pula dalam bentuk 'full seat' di mana padding lembut menahan sehingga ke paras dada, jadi bayi yang belum boleh duduk dengan sendiri dapat main dengan selesa. 

Semalam Ken melompat di dalam Jumperoo sampai basah baju berpeluh...ketiak pun dah busuk masam! heheh jadi..this activity center is highly recommended to everyone... from baby 4 months boleh guna. 5 stars!




Craving for Jovian

Hurm...raya dah semakin hampir. Cewah..padahal puasa pun belum lagi. Jadi hari ini aku gatal tangan masuk ke website Zalora dan ternampak koleksi terbaru Jovian Mandagie untuk hari raya. Best ke pakai baju Jovian? Aku tak pernah cuba, tapi koleksi terbaru ni warna dan potongannya sangattttlah menggoda hati.

Dijual pada average harga rm400 ke rm450, membuatkan aku fikir dua tiga kali untuk membeli. Online pulak tu. Tapi Zalora ada free return service untuk 30hari kan...hurm...patut tak aku beli? Sejak ada baby ni, malas jugak rasanya nak menapak ke bazaar untuk mencari baju hari raya. Senang beli online je kan?

Aku pernah ternampak koleksi Jovian di tesco, tetapi aku lihat mutu kainnya agak kurang memuaskan. Tapi entahlah...berbaloi tak untuk mencuba? Kat bawah ni beberapa design yang aku aim untuk hari raya ni...insyaAllah ada rezeki boleh grab satu!


Friday, May 16, 2014

Ken's First Swimming Lesson

 Selepas beberapa hari asyik menonton video bayi berenang di youtube, maka mommy pun tak sabar sangat untuk merasmikan pelampung bayi yang dibeli khas untuk Ken. Kebetulan hujung minggu lepas adalah majlis 'sambut menantu' untuk adik ipar di Seremban, dan keluarga sebelah lelaki sangat bermurah hati untuk sponsor 5 bilik chalet di Resort Sri Menanti Ulu Bendol, khas untuk keluarga kami. Di resort itu, tersedia kolam untuk kanak dan melihatkan airnya yang tak terlalu sejuk, jadi kami bersemangat untuk bagi Ken main air...ingatkan nak celup celup sahaja...tapi Ken nampaknya boleh sesuaikan diri, jadi apa lagi..keluarkan pelampung dan tadaaa~!


Ken nampak naturally selesa dengan air, Alahamdulillah. Dia tak menggigil, tak pula marah bila dipakaikan pelampung di leher.


Semasa first session ni, Ken hanya berputar putar setempat, kadang kadang sahaja dia gerakkan kaki dan tangan. Ken banyak termenung, agaknya pelik, kenapalah aku terapung ni...


Jadi...antara beberapa yang kami faham & dapat belajar dari first session ni, jangan pakaikan bayi dengan lampim biasa....sebab lama lama, lampin akan penuh dan semakin memberat, dan bayi mula merengek tak selesa. Yang kedua, elok kalau ada bawakan mainan seperti itik terapung ke..supaya bayi ada interaksi dan lebih aktif di dalam air. Yang ketiga, sediakan tuala yang selesa dan tebal, serta susu yang suam untuk bayi anda minum sebaik sahaja lepas berenang. Ok, good luck!